Tip berkasih dengan pasangan berusia mengikut Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

# Jika anda lelaki muda beristerikan wanita berusia, pastikan jangan sampai tanggungjawab ketua keluarga berpindah kepada isteri. Hak dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga tidak pernah berubah biarpun mengahwini wanita berusia. Lelaki perlu jelas dengan peranan mereka bagi mengelak diri menjadi mangsa queen control!

# Sebagai lelaki muda, anda perlu cepat belajar dan matangkan diri. Belajar dari mereka yang berpengalaman mengenai ilmu berumah tangga. Lebih elok, timba ilmu sebelum berkahwin supaya rumah tangga harmoni.

# Suami berusia muda perlu faham bahawa Isteri berusia kadang kala sensitif dan cemburu kerana bimbang suami mungkin cenderung memikat gadis lebih muda. Suami perlu lebih sensitif dan menjaga hati isteri yang berusia.


0 comments:

Post a Comment

Followers